Berikut adalah tip-tip yang anda harus tahu sebelum memilih dan menggunakan perfume dexandra atau apa-apa jenama wangian yang lain.
#1. Terdapat 4 tahap kategori wangian di pasaran
- Perfume mempunyai kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, dan ia tahan paling lama juka dipakai. Harga pun lebih mahal jika dibandingkan dengan wangian yang lain.
- EDP (Eau De Parfum) mengandungi 8-15% cairan original perfume. Ia merupakan wangian yang paling popular kerana harga yang lebih murah dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. Jadi, digalakkan untuk kita memilih EDP dan Dexandra adalah contoh pilihan yang terbaik.
- EDT (Eau De Toillete) mempunyai campuran perfume di antara 4-8% dan ia boleh bertahan dari 2-5 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Baunya juga tidakkah sehebat perfume atau EDP.
- EDC (Eau De Cologne) mengandungi pati perfume yang paling kurang iaitu sekitar 3-5% sahaja. Jadi ia juga lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.
#2. Bagaimana memilih perfume yang sesuai?
Test! Cuba cium baunya. Tapi anda tidak digalakkan untuk mencium lebih dari 3 bau perfume pada satu-satu masa. Setelah mencium 3 bau, minta dapatkan bau kopi supaya ia neutralize semula sense bau kita.
Selepas itu, anda boleh cuba dengan test unit dan sembur pada bahagian nadi. Harus diingatkan bahawa perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita.
#3. Ketahui bahan dan aroma minyak wangi
Kita pasti akan memilih minyak wangi yang beraroma segar. Biasanya, ramuan wangian mempunyai banyak pilihan seperti ekstrak dari bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran, leather, tobako, dsb. Setiap wangian juga mempunyai pengkelasan yang berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita.
Biasanya, aroma bagi haruman wanita adalah lebih lembut dan aroma lelaki adalah lebih kuat. Jadi, tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita TETAPI kaum perempuan tidak digalakkan untuk memakai perfume aroma lelaki.
#4. Cara mengekalkan bau lebih lama pada badan.
Anda digalakkan spray perfume di kawasan denyutan nadi i.e. pergelangan tangan, tepi leher, dada, pergelangan kaki, lipatan siku, dan di belakang lutut. Ini mengalakkan bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita.
Jika ingin lebih lama, sebelum spray pada badan, sapukan sikit bedak (moisturizer) atau ‘petroleum jelly’ pada kulit dimana anda ingin sembur perfume supaya baunya tahan lebih lama. Juga, dilarang menggosokkan perfume yang telah disembur pada badan kerana ia akan merosakkan partikel dalam perfume dan baunya akan berubah. Setelah disembur, biarkan selama 10 minit supaya baunya tahan lebih lama.
#5. Kenapa sembur minyak wangi pada pakaian tidak digalakkan?
Bukan tak boleh tapi kurang digalakkan sembur pada fabrik pakaian. Sebab ia boleh merosakkan fabrik atau menghakis warna fabrik dan nanti takut ada tompokan di baju terutamanya baju berwarna putih.
Kadang-kadang ia boleh menimbulkan bau tengik juga sebab bau perfume sudah bercampur dengan peluh lama pada baju anda. Jadi, sekiranya perlu anda dinasihatkan spray sikit sahaja pada baju. Jangan sembur wangian berlebihan kerana ia akan meninggalkan impak negatif pada orang lain.
#6. Apakah cara terbaik menjaga/menyimpan perfume?
Simpan perfume pada suhu bilik. Dilarang sama sekali meletakkan perfume di suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk seperti didedahkan dibawah sinaran matahari, di dalam kereta yang panas atau di dalam peti sejuk. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume.
#7. Di mana anda boleh dapat minyak wangi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?
Anda sudah tahu perfume original memang mahal. Jadi, EDP merupakan pilihan rakyat di negara ini kerana harganya yang lebih murah. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan De’xandra.
Anda digalakkan membuat tinjauan secara online dan cuba lihatlah harga wangian EDP jenama lain. Sebelum membelinya, bandingkanlah dengan harga perfume dexandra…lebih-lebih lagi dexandra mempunyai cirri-ciri keunikan yang tersendiri seperti yang dinyatakan di atas.
Kesimpulan: Dexandra Adalah Pilihan Bijak Untuk Ramai Pengguna Minyak Wangi
Saya berharap tip-tip di atas dapat membantu anda memiliki wangian yang betul-betul anda sukai. Sekiranya anda masih ragu, boleh mula mencuba dexandra dengan test unit. Ingat, bau yang sesuai untuk setiap individual mungkin berbeza.
Sekiranya anda merupakan peminat perfume yang tegar, cubalah minyak wangi dexandra ini dan saya yakin ianya tidak akan menyecewakan anda. Klik di sini.
No comments:
Post a Comment